Subscribe

Thursday 5 January 2012

Tikus, alat pengesan periuk api di Mozambique (8 gambar)

Pernah dengar ayat 'Tidaklah sesuatu ciptaan Allah itu adalah sia-sia'? Begitulah juga dengan haiwan kebenciaan ramai orang. Tikus telah bekerja sebagai pengesan periuk-api yang beratus-ratus lagi masih tertanam di sekitar negara Mozambique. Semenjak berakhirnya perang di negara itu pada tahun 1992, setiap bulan dicatatkan purata sebanyak 20 kes kecederaan atau kematian dilaporkan. Dilaporkan 60% sebahagian daripada penduduk negara itu berharapkan kepada tanah untuk menjana ekonomi mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko periuk api setiap hari demi sesuap nasi.

Mozambique telah menemui cara paling berkesan dan murah untuk mengatasi masalah tinggalan periuk api yang bersepahan di negara itu. Tikus-tikus yang digunakan telah dilatih sekurang-kurangnya selama 9 bulan di pusat latihan. Ini kerana tikus mempunyai deria bau yang sangat bernilai manakala jisimnya pula cukup untuk tidak meletupkan periuk api yang masih tertanam. DIlaporkan sekumpulan tikus boleh membersihkan seluas 200 meter persegi kawasan yang disyaki dalam tempo masa 2 jam sahaja.

Sebagai ganjaran setiap kali menemui periuk api yang aktif, mereka akan diberikan pisang. Dilaporkan pada tahun 2008 dan 2009 sebanyak 30 ekor tikus telah ditauliahkan dan mereka digelar sebagai Hero Rats. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


0 comments:

Post a Comment