Subscribe

Friday, 16 December 2011

Melancong ke angkasa menjelang 2016, Rusia. (6 gambar)

Kalau korang pernah bercita-cita hendak menjadi angkasawan tapi tak dapat, korang ada peluang kedua lagi untuk bermimpi tinggi di awanan. Ehem..Beberapa hari yang lepas, Rusia telah mengumumkan rancangan untuk membina hotel di angkasa sejauh 217 kilometer dari paras bumi. Hotel angkasa ini akan menempatkan 7 tetamu di dalam empat kabin di dalam satu masa dan kabin ini juga mempunyai tingkap yang besar untuk melihat pemandangan Bumi. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


Percutian ini akan mengambil masa selama 2 hari dan memerlukan kos sebanyak 100, 000 pounds sehingga 500, 000 pounds untuk semuanya. Pelancong akan berpeluang menaiki dan tinggal di dalam kapal roket Soyuz. Menurut sumber, menjelang tahun 2016, Rusia akan membuka hotel ini malah dikatakan jauh lebih baik keadaannya berbanding Stesen Angkasa Antarabangsa yang biasa digunakan oleh angkasawan. Pelancong boleh memilih untuk mempunyai katil menegak atau melintang. Manakala pelancong hanya perlu melakukan mandian span selama berada di angkasa.

Pelancong juga akan diiringi oleh anak-anak kapal yang berpengalaman, manakala makanan dan minuman khas akan disediakan. Manakala dikatakan tandas akan menggunakan udara yang bebas dan tidak menggunakan air untuk mencuci bahan buangan. Agak  menarik kan??



sumber

0 comments:

Post a Comment