Subscribe

Showing posts with label SEA GAMES 2011. Show all posts
Showing posts with label SEA GAMES 2011. Show all posts

Monday, 14 November 2011

SUKAN SEA 2011 (Jakarta) : Pingat emas pertama negara diraih

sumber : Kosmo Online

(KLIK UNTUK BERITA PENUH)



JAKARTA - Buat pertama kali, lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta apabila atlet karate, Shaharudin Jamaludin menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2011 semalam.

Lebih manis, Shaharudin berjaya menebus kekecewaan kakaknya, Jamalliah yang gagal menyumbang pingat emas pertama Malaysia kelmarin selepas hanya mampu menyumbang gangsa.

Pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan kali ini yang diadakan di dua venue - Jakarta dan Palembang telah disumbangkan oleh penembak wanita negara, Nur Suryani Ahmad Taibi di Lapang Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang kelmarin.

Pada saingan akhir kategori kumite bawah 75 kilogram lelaki di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam, Shaharudin mengesahkan pingat emas menjadi miliknya apabila membenam cabaran atlet Vietnam, Nguyen Minh Phung dengan kiraan mata 5-2.
Sebelum itu, Shaharudin tampil bergaya apabila menyingkirkan atlet Thailand, Songwut Muntaen 9-1 di peringkat suku akhir sebelum menang 5-2 ke atas atlet Filipina, Mondolu Christo pada aksi separuh akhir.
Sejurus selepas disahkan sebagai pemenang, Shaharudin dilihat bersujud seketika di tengah gelanggang sebelum dia menjerit kegembiraan bagi meraikan kejayaannya itu.
"Emas yang saya menangi hari ini (semalam) untuk keluarga saya. Saya cukup bangga dan gembira kerana selepas beraksi dalam tiga Sukan SEA, kali ini saya berjaya meraih pingat emas.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya, barisan jrulatih, pengurus dan rakan-rakan sepasukan yang selama ini banyak memberi sokongan kepada saya.
"Saya mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka termasuk rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan detik-detik sebegini," jelas Shaharudin semalam.
Mengulas kembali perhitungan dengan Minh Phung, Shaharudin berkata, dia tampil dengan keyakinan yang tinggi selepas merakamkan kemenangan ke atas atlet Vietnam itu dalam kesemua empat pertemuan mereka sebelum ini.

"Selain rekod pertemuan saya dengan Ming Phung, saya juga menjadikan kegagalan Jamalliah semalam (kelmarin) sebagai motivasi tambahan untuk memburu kejayaan hari ini (semalam).

JAMALLIAH mengucapkan tahniah kepada adiknya, Shaharudin selepas memperoleh pingat emas dalam acara karate di Jakarta semalam. 
 
"Saya turun beraksi dengan semangat yang tinggi dan mahu membalas dendam kegagalan Jamallian dan saya gembira kerana akhirnya berjaya meraih emas," tambahnya yang membuat penampilan dalam dua temasya Sukan SEA sebelum ini.

Pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Shaharudin sekadar mampu menyumbang pingat gangsa dan dia sekali lagi mengulangi pencapaian tersebut pada Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun kemudian.

"Jurulatih (P. Arivalagan) banyak memberi kata-kata semangat kepada saya di luar gelanggang dan ia ternyata melonjakkan motivasi saya bagi meraih emas," jelas Shaharudin.
Terdahulu, dua atlet negara, L. Kunasilan yang beraksi dalam kategori kumite bawah 67kg lelaki dan Shakkila Sani Jefry Krisnan (kumite bawah 68kg wanita) menyumbang pingat gangsa.
 

Sunday, 13 November 2011

International News : SEA GAMES 2011, Jakarta (OPENING CEREMONY) - 9 gambar


Tahun 2011 menyaksikan sekali lagi temasya Sukan Asia Tenggara kali ke 26 (SEA GAMES 2011). Kali ini Indonesia menjadi tuan rumah kepada temasya ini, manakala Palembang dan Jakarta merupakan pusat utama perlawanan-perlawanan Sukan SEA kali ini. Ini merupakan kali keempat Indoneia menjadi tuan rumah dan kali terakhir Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada tahun 1997. Sebagai tambahan maklumat, sejurus 2 minggu selepas Sukan SEA ini tamat, Sukan ParaASEAN ke 6 pula akan diadakan di negeri Surakarta (SOLO), Jawa Tengah, Indonesia. Sukan ini merupakan sukan untuk atlit kurang upaya.

Saksikan kemeriahan Opening Ceremony SUKAN SEA ke 26 yang telah berlangsung di Jakarta pada 11 November 2011 yang lepas.