Subscribe

Friday 11 November 2011

Local Book : Fixi Publisher (Malaysian's Publisher)


Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran mereka ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Setelah hampir setahun sebanyak 10 novel yang di terbitkan. 3 yang pertama ialah Pecah, Kougar dan Cekik. 7 yang lain adalah Dendam, Kasino, Ngeri, Jerat, Zombijaya, Tabu dan Kelabu novel terakhir untuk tahun ini.

**********************************************************************************
Pembelian boleh dilakukan di Kedai Fixi secara online payment. Selain itu, Novel-novel terbitan Fixi turut dijual dikedai-kedai utama di Malaysia seperti MPH, Popular, Kinokuniya.
**********************************************************************************
Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya:
• Sekitar 60,000 perkataan.
• Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya.
• Fikir ‘pulp’
• Judul harus satu perkataan saja.


Sila hantar sinopsis dan dua bab awal ke info@fixi.com.my (Amir Muhammad) untuk tindakan seterusnya!

0 comments:

Post a Comment