Subscribe

Tuesday 27 December 2011

Serangan bom semasa malam perayaan, Nigeria (6 gambar)

Kumpulan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan sebuah radikal agama di Nigeria yang telah mengakibatkan sekurang-kurangya 40 nyawa telah terkorban apabila serangan bom disasarkan kepada penganut yang keluar dari gereja semasa malam krismas yang lepas. Dikatakan kumpulan radikal Boko Haram yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan ini. Mereka juga bertanggungjawab mengebom 3 buah gereja sebelum ini yang telah mencatat 504 nyawa telah terkorban. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.



Letupan pertama di Gereja St Theresa di Maddala telah mengorbankan 35 nyawa dan 52 orang cedera semasa gereja penuh sesak. Serangan juga dilaporkan berlaku di Mountain of Fire dan Miracles Church di bandar Jos. Dilaporkan ramai telah cedera di dalam serangan-serangan ini namun belum ada berita penuh dilaporkan.

Boko Haram mengaku bertanggungjawab bagi seram 4 november di Damaturu yang telah mengorbankan lebih dari 100 nyawa. Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab pada serangan 24 ogos di hadapan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu kot Nigeria yang telah telah membunuh 24 nyawa dan mencederakan 116 yang lain. Tentera Nigeria telah diarahkan untuk menghancurkan kumpulan radikan ini sejak 2009. Kumpulan Boko Haram ini dikatakan telah mempunyai kecanggihan yang baru dan perancangan yang jelas termasuk serangan dengan mangsa yang lebih besar dan berprofil tinggi. Boko Haram dikatakan telah berpecah kepada 3 puak di mana satu sayap sanggup membunuh untuk mengekalkan hubungan dengan kumpulan pengganas di Afrika Utara dan Somalia. Boko Haram juga diketahui mencontohi pergerakan Taliban di Afghanistan. Kumpulan ini menganggap semua golongan sama ada Kristian dan Islam yang tidak mengikuti ideologi mereka adalah kafir. Dilaporkan mereka menuntut penyerapan pegangan syariah dan undang-undang Islam di dalam negara Nigeria. Terkini mereka mengadakan kempen untuk melaksanakan undang-undang syariah di seluruh Nigeria, sebuah negara berbilang kaum yang mencatat lebih dari 160 juta penduduk.

0 comments:

Post a Comment