Subscribe

Tuesday 13 December 2011

Ekspresi seni oleh seekor monyet, Pocket. (6 gambar)

Lukisan-lukisan di bawah merupakan hasil karya seekor monyet jenis caphucin. Lukisan ini adalah berbentuk abstrak dan eksperimental yang telah dijual dengan harga 250 pounds untuk sekeping. Monyet caphucin yang menghasilkan karya dengan menggunakan ekor, tangan, kaki dan juga berus ini mempunyai stailnya yang tersendiri. Keunikan haiwan menjadi artis seni lukis ini telah mula dikesan apabila seorang sukarelawan Story Book, Charmaine Quinn telah memberikannya cat warna kanak-kanak bukan toksik kepada Pocket Warhol, monyet chapuchin ini. Pocket dilihat sangat suka apabila aktiviti mewarna dilakukan olehnya. Hasil karya Pocket mendapat pasaran di Eropah dan Israel. Tetapi dikatakan, hasil karya Pocket ini akan diberikan kepada sebuah agensi di Israel untuk membangunkan tempat suci bagi orang-orang Israel.

Sila klik tajuk post untuk melihat gambar entry tentang Pocket yang unik ini. Monyet yang berbakat ini akan mempunyai pameran seni di mana 40 buah lukisannya akan dipamerkan di Sadie's Diner dan Juice Bar di Adeilade, Australia pada awal tahun hadapan.



0 comments:

Post a Comment