Subscribe

Tuesday 13 December 2011

5 jenis hadiah yang sesuai diberikan kepada photographer

Kali ini, Blogpedia berkongsi pula tips apaka hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka yang bekerja atau mempunyai hobi di dalam bidang fotografi ini. Korang boleh klik pada tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.


1) Simple camera seperti kamera kompak: Selain mempunyai kamera gedabak DSLR, golongan ini juga patut mempunyai kamera kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. Adakalanya ketika dalam perjalanan balik ke rumah, ada je pemandangan lanskap, langit ke, subjek yang menarik ke, hendak di-snap. Maklumlah, makan fotografi, tidur fotografi. So, oleh kerana dslr tu bunky, apa kata hadiahkan mereka sebiji compact kamera. Antara jenama kompak yang diusulkan oleg Blogpedia seperti Canon Powershot SD850 IS, SONY DSC TX-55 mahupun Leica D-LUX 4.


2) Fancy beg kamera yang utuh dan TRENDY . Di dalam pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis beg kamera yang telah direka khas untuk golongan ini. Selain mempunyai beg percuma dari brand kamera itu sendiri atau beg jenama khas untuk dslr, terdapat juga rekaaan-rekaan fancy dan trendy untuk mereka. Terdapat juga fotographer yang tak berapa gemar nak pakai TOTALLY CAMERA BAG sebab mereka tidak mahu diketahui sedang membawa kamera yang mahal-mahal. Almaklumlah, ini semua isu keselamatan diri sendiri dan kamera mahal tu. Apa yang penting, beg tersebut kalis air, sedikit tebal, compartment yang mencukupi untuk gajet lain seperti selfon dan laptop dan nampak trendy!



3) Binokular. Hah! Hadiah ini sesuai untuk penggemar fotografi hidupan liar. Teropong atau binokular adalah benda wajib yang perlu dibawa ketika memasuki kawasan habitat haiwan. Sebelum mengambil gambar, golongan ini akan membuat tinjauan terlebih dulu contohnya melihat spesis burung, mengesan tempat tinggal haiwan yang dituju mahupun keadaan persekitaran subjek tersebut. Fotografer bukan saja akan mengambil gambar subjek tetapi juga mementingkan apa yang ada di sekeliling subjek tersebut agar tidak terlepas momen-momen yang menarik. Tekan sini untuk melihat binokular khas untuk burung.


4) Buku-buku fotografi: Di Malaysia, terdapat ramai juga fotografer ternama yang telah mengeluarkan buku hasil karya mahupun tips-tips khas dari mereka. Apatah lagi buku-buku yang datangnya dari jurugambar bertaraf antarabangsa. Ada juga amatur-amatur yang sudi berkongsikan pengalaman mereka dengan mencetak sendiri buku mereka. Tak perlu tunggu jadi pro untuk hasilkan buku kan? Yang penting kegembiraan berkongsikan pengalaman itu boleh dikongsikan kepada mereka yang hendak berjinak-jinak dalam bidang ini. Tun Mahathir -  'Through My Lenses', Yaman Ibrahim 'Malaysia - 'The Walk Of Life', KukuBesi & Chottouch (Kolaborasi) - 'Haluan Kiri'.


4) Kraf Kamera: Benda ni pun menarik juga, terutama sekali untuk fotografer perempuan. Ada juga yang suka kumpul benda2 kecil atau yang boleh digunakan pada masa tertentu. Contohnya pembungkus hadiah, selotep, buku dan lain-lain tetapi haruslah mempunyai ciri-ciri fotografi di dalamnya seperti gambar kamera mini. Here's the link : Vintage Cameras Digtals Scrapbooking Kit, Japanese Camera and Film Washi Tape, Cats With Cameras, Antique Teal Blue Rub-Ons.


5) iPhone add-on lenses: Nowadays semua fotografer tahu tentang aplikasi kamera yang terdapat di dalam IPhone. Install saja widget tertentu dan sememangnya terdapat istilah Iphonegraphy (klik)! Terbaru, korang boleh hadiahkan pula lens tertentu yang boleh digunakan oleh IPhone.  Atas kiri; Telescope Lens 6x Zoom, kanan; Wide dan Macro Lens, bawah; Fish Eye Lens




0 comments:

Post a Comment