Subscribe

Wednesday, 30 November 2011

Penjaga-penjaga rumah di Cambodia (5 gambar)

Ini merupakan sebuah pemandangan di sebuah kampung di Siem Reap, Cambodia. Hampir setiap rumah mempunyai replika yang berpakaian seperti manusia dan berpenampilan ganas. Pada mulanya, saya fikir ini adalah scarecrows atau orang-orang penghalau burung di sawah padi. Tetapi replika ini tidak berada di ladang atau menjaga tanaman. Replika ini seolah-olah seperti pengawal bangunan yang akan memerhatikan sertiap penjuru kawasan luar rumah.

Menurut kepercayaan penduduk setempat, replika seperti manusia ini dapat menghalang roh-roh jahat dari masuk ke kawasan rumah mereka. Ada yang memegang pistol, pedang, bazooka dan lain-lain lagi. Kawasan ini seperti menakutkan dan untuk pengetahuan semua Cambodia pernah mengalami zaman yang menakutkan di mana semasa zaman Pol Pot ramai penduduk telah disembelih hidup-hidup. Masih ada rakyat yang trauma dengan perkara tersebut dan ada yang mengelak untuk membincangkan masa lepas apabila ditanya. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

klik sini.

Underwater Photography: Alice In The Waterland (20 gambar)

Gambar-gambar underwater di bawah merupakan hasil karya Elena Kalis yang dilahirkan di Rusia dan telah menetap di Bahamas. Beliau telah mendapat idea untuk menghasil gambar underwater berinspirasikan kisah kanak-kanak yang terkenal; Alice In The Wonderland. Elena telah menjadikan anak dan anak-anak jirannya sebagai subjek di dalam karya underwater ini. Karya ini dinamakan sebagai Alice In The Waterland. Gambar-gambar beliau begitu menakjubkan, bewarna-warni, bersifat surrealist dan berunsurkan fantasi. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Derma satu klik untuk iklan ini.

Raja Marble, jutawan termuda di dunia (3 gambar)

 Pada tahun 2010, Mark Zuckerberg pernah disifatkan sebagai Times 'Person Of The Year' dan merupakan antara jutawa termuda di dunia. Manakala pada tahun ini, Sebastian Vettel telah berjaya menjadi pelumba termuda di dalam Formula 1. Sekali lagi barisan jutawan ini telah diisi oleh seorang budak yang baru berusia 8 tahun dan kini dia adalah jutawan paling termuda di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca seisi entry.

Keajaiban 'Pohon Kehidupan' di Bahrain (4 gambar)

Pohon ini digelar sebagai Tree Of Life yang terletak di tengah-tengah padang pasir di Bahrain. Tree of Life dianggap sebagai satu fenomena yang luar di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca isi sepenuhnya.