Subscribe

Saturday, 10 December 2011

Perspektif seorang pemain pasukan sorak (6 gambar + 1 video)

Mungkin kita dah biasa tengok pemandangan permukaan tanah dari atas langit melalui arial photography. Tapi pernah ke tidak terfikir untuk melihat pemandangan sekitar melalui atlit sukan seperti ahli jimnastik ke, pemain bola sepak ke?? Kali ini, Blogpedia berkongsi kepada pembaca tentang bagaimana pula pemandangan sekeliling melalui pemain pasukan sorak. Saya yang mula-mula lihat ni pun rasa gayat bila tengok gambar-gambar ni. Walaupun hanya beberapa kaki dari atas tanah, tapi pemandangan yang dirakamkan melalui kamera mini yang dipasang di atas topi keledar khas ini adalah sangat menarik. Pasukan sorak Louisiana State University telah melaksanakan projek ini ketika mereka sedang membuat persembahan di hadapan penonton sebanyak 95, 000 orang di Arkansas. 

Gambar-gambar yang dirakamkan ini merupakan pemandangan dari seorang pembimbing sorak posisi paling atas di dalam step corak pyramid. Klip 90 saat ini telah berjaya merakamkan aksi-aksi pasukan sorak ketika sedang dilambung ke udara dan mendarat dengan tepatnya ke posisi yang telah ditetapkan dan juga keadaan sekeliling. Sila klik tajuk post dan melihat gambar-gambar serta video 90 saat dari pasukan ini.

Post ini berlabelkan Perkara Hebat. Sila KLIK DI SINI untuk melihat perkara hebat yang lain di blogpedia2u.

Projek Sepadang Lampu sempena krismas (4 gambar)

Dalam beberapa post Blogpedia pasal perhiasan sempena perayaan Krismas, saya rasa entry kali ini ialah entry hiasan yang paling cool pernah saya lihat. Muzium Holburne di Bath telah mencipta idea seperti di dalam gambar yang para pembaca dapat lihat di bawah. Projek yang indah ini telah dijalankan oleh pakar lampu Bruce Munro dengan menggunakan sejumlah 5, 000 biji lampu mentol yang ditanam di sekeliling muzium tersebut. Pelbagai jenis warna cahaya lampu telah digunakan dan projek ini juga dibuka untuk orang ramai melihatnya sebagai pameran. Projek yang dipanggil Field Of Light ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada semua yang datang mengunjungi pameran ini. Ini bukan kali pertama Bruce Munro melaksanakan projek sebegini. Harap-harap satu hari nanti, saya boleh buat hiasan rumah macam ni. Tapi agak-agak berapa ribu yang diperlukan untuk lampu yang seindah ini??? Sila klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Deserts berasaskan biskut OREO (20 gambar)

Sila klik tajuk post untuk melihat idea-idea lain makanan deserts berasaskan biskut oreo ini. Sebenarnya adunan semua sama, cuma ditambahkan dengan biskut oreo. Ohoiiiii sedap!


Fashion : Pengaruh Polka Dot (15 gambar)

Fesyen Polka Dot mula popular di Britain sejak abad ke 19 lagi. Polka dot mempunyai corak yang terdiri daripada pelbagai bulatan penuh dan secara amnya mempunyai saiz dan jarak yang agak rapat berhubung setiap diameter.  Polka dot biasanya dilihat pada pakaian, permainan, perabot dan konteks-konteks yang lain. Sebelum ini, gaya polka dot mula-mula digunakan di dalam pakaian penari dan penghibur Flamenco. Kemudian pemuzik Randy Rhoads telah menghiaskan gitar Flying V dengan corak ini. Ahli gusti profesional juga turut menggunakan polka dot berwarna kuning di dalam latar pakaian berwarna hitam ketika berada di dalam WWF. Di bawah ialah gambar-gambar contoh bertemakan polka dot ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.