Sebelum Blogpedia2u diwujudkan, saya juga seorang blogwalker dan mempunyai blog personal yang lain. Kadang-kadang rasa malas hendak membaca tu selalu berlaku. Sebab itulah dah takdir hidup kita ni mempunyai bidang fotografi. Melalui sekeping gambar, dikatakan ia dapat bercerita secara jelas dan kita boleh memahaminya sendiri. Pada hemat saya, gambar yang baik adalah gambar yang mempunyai caption atau sedikit maklumat bertulis yang dipamerkan bersama. Contohnya gambar-gambar di bawah, gambar dan caption yang seiring mampu menitiskan air mata. Pergolakan dunia beserta hukuman alam kepada kejahatan manusia cukup mencabar emosi melalui sebuah gambar. Sila klik tajuk post dan melihat entry sepenuhnya.
- Robert Peraza di Memorial 9/11, yang telah kehilangan anak lelakinya Robert David Peraza yang terlibat di dalam tragedi 11/9
- Sebuah bot peranginan mewah yang telah tersasar sejauh 1,300 kaki dari jeti asal ke atas kawasan perumahan penduduk ketika tsunami melanda sebahagian negeri di Jepun pada tahun ini.