Lucu pula bila saya buat sedikit rujukan translation dekat Google Translation. Hotel Wanderlust diterjemah sebagai Hotel Nafsu Berkelana. Amboi, nakal Google Translation ni. Apapun nasihat saya kat korang, jangan ambil 100% ayat-ayat dari sana, guna akal sendiri untuk menterjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu yang lebih mudah difahami dan sesuai dengan struktur ayat. Hotel Nafsu Berkelana (menurut Google Translation) ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan tinggal terletak di Singapura dan telah dibina pada tahun 1920-an lagi. Taukeh Singapura yang bijak telah melakukan perubahan bangunan ini kepada sebuah hotel kapasiti 29 buah bilik tetapi yang uniknya, setiap bilik mengandungi tema dan reka bentuknya yang tersendiri. Contohnya tingkat pertama direka bentuk dengan gaya perindustrian era Cocotte dan restoren Perancis. Tingkat dua pula dengan gaya Panton di mana penggunaan warna-warna neon terang dan tingkat-tingkat seterusnya. Menarik juga. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Subscribe
Wednesday, 4 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Dirantai sudah hampir 23 tahun oleh ibu, China (5 gambar)
Memanglah agak menyedihkan bila tengok keadaan lelaki di bawah. Beliau kini sudah berusia 40 tahun dan telah dirantai oleh ibunya sejak berumur 17 tahun. Menurut wanita tersebut, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul kerana dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak lelakinya telah dirantai di dalam sebuah ruang di rumah mereka selepas sering membuang pakaian yang dipakainya dan bertindak kelakuan luar jangka yang membahayakan dirinya sendiri. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.
Labels:
People Of
15 cara mengikat tali kasut. (15 gambar)
Korang boleh buat berapa jenis ingatan. Manusia lemah macam saya pun rasanya 2 jenis je pun. Apa kata kita lihat 15 jenis ikatan tali kasut. Sesuai untuk mereka yang funky! Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)