Subscribe

Friday, 25 May 2012

Replika Bahtera Nabi Nuh a.s Di Hong Kong (6 Gambar)



Dua orang taikun Hong Kong telah membangunkan bahtera tiruan Nabi Nuh, yang dikatakan memiliki saiz dengan skala yang hampir sama dengan ukuran sebenar bahtera Nabi Nuh. Kapal itu turut diisi dengan beberapa binatang yang jumlahnya masing-masing secara berpasangan. Walaubagaimanapun, semuanya hanya terbuat daripada fiber glass.

Bahtera tiruan tersebut merupakan sebahagian daripada taman Noah’s Ark atau taman Bahtera Nuh yang berada tepat di sisi jambatan Tsing Ma, Hong Kong. Panjang keseluruhan kapal tersebut adalah 450 kaki, dengan lebar 75 kaki dan selesai dibina pada tahun 2009.

Ia turut dilengkapi dengan sebuah restoran mewah dan bilik-bilik hotel dengan pemandangan memukau di tebing sungai yang terbentang lengkap dengan lampu-lampu jambatan yang menyinarinya ketika malam.

Untuk selanjutnya.. (KLIK)

Friday, 13 January 2012

Ketahui 6 Quotes dari Justin Bieber. (6 gambar)

Dapur kreatif cara orang Finland. (12 gambar)

Sila klik tajuk post untuk berita penuh. Cara ini boleh dicuba dan menjimatkan masa.

Rumah Sangkar Untuk Manusia, Hongkong (10 gambar)

Keadaan seperti di dalam gambar di bawah sememangnya amat menyedihkan. DIanggarkan lebih 100, 000 penduduk Hongkong telah mendiami rumah sangkar sebegini kerana faktor kedaifan. Sebanyak USD 200 telah dikenakan oleh tuan rumah sangkar ini untuk setiap sangkar yang disewa. Setiap rumah boleh memuatkan sehingga 20 sangkar dan setinggi 3 tingkat pada setiap baris sangkar. Seperti rumah flat, sangkar pada tingkat bawah adalah lebih mahal sedikit sewanya berbanding di atas. Setiap sangkar hanya berukuran 6 kaki tinggi dan 2 kaki lebar. Hongkong merupakan antara metropolitan yang paling padat di dunia dengan hampir 16, 500 orang penduduk mendiami setiap kilometer persegi wilayah.

Dilaporkan, setiap penghuni terpaksa berkongsi tandas dan kebanyakan rumah pangsapuri yang mempunyai sangkar ini tidak mempunyai dapur. Ini memaksa penduduk miskin ini terpaksa memasak makanan atau membeli makanan di luar. Sebenarnya tempat tinggal rumah sangkar ini sudah semakin meningkat selama beberapa dekad. Sila klik tajuk post untuk melihat kedaifan rakyat metropolitan ini.