Subscribe

Thursday, 15 December 2011

Orang Minyak versi Tawau.


TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.


Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.


Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.


sumber

Close Up Photography: Apa Mantis buat kalau bukan tengah 'berdoa"? (Praying Mantis)

Kepada penggemar close up photography, korang boleh try mencuba seisi fotoshoot yang menarik mcm ni. Praying Mantis atau cengkadak merupakan haiwan eksotik yg rasanya senang nak suruh posing. U know what i mean. Scott Cromwell, photographer dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaji dan mengatur pose-pose praying mantis ini. Beliau memelihara banyak serangga jenis praying mantis ini di rumah. Namun kata beliau, mengambil gambar pose close up serangga ini sudah pasti memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Punk rocker dimasukkan ke pusat pemulihan, Acheh (8 gambar)

Berpuluh-puluh peminat punk rock telah ditangkap dan telah dihantar ke sekolah polis untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama 10 hari. Pada peringkat permulaan, rambut mereka telah dicukur dan seluruh aksesori tindikan di badan mereka telah dirampas oleh pihak polis di Acheh.

59 orang lelaki dan 6 orang wanita telah diarahkan masuk ke dalam sebuah kolam air untuk tujuan pembersihan 'rohani', kata Ketua Polis Iskandar Hasan. Semasa berada di dalam pusat itu, mereka juga dibekalkan pakaian dan alatan peribadi. Ini merupakan salah satu usaha pihak berkuasa Acheh untuk menggalakan nilai-nilai moral yang lebih tegas. Di Acheh, mereka mengenakan hukum rejam sehingga mati untuk kesalahan zina, hukuman penjara untuk pesalah homoseksual, dirotan di khalayak ramai, wanita dimestikan memakai tudung dan seluar yang ketat adalah diharamkan sama sekali. Sila klik tajuk post untuk membaca entry penuh.

Gambar family tahunan yang pelik. (8 gambar)

Biasa dekat Malaysia, mana-mana famili yang merayakan hari raya pasti mempunyai sesi ambil gambar family semasa raya tak pun setahun sekali la at least kan? Di dalam talian internet, sebuah lagi website awkwardfamilyphotos.com telah menjadi fenomena selepas ditubuhkan oleh Mike Bender dan Dough Chernack. Sesiapa saja boleh menghantar gambar seisi keluarga ke website ini dengan berbagai ragam ketika mengambil gambar. Kejayaan laman web ini sebenarnya berinspirasikan apabila kedua sahabat ini sering melihat gambar-gambar keluarga yang terdapat di rumah masing-masing ataupun di kediaman yang lain. Selain daripada menghantar gambar, terdapat juga pakej menarik yang disediakan seperti mencetak baju dengan gambar family, set permainan, kalender dan macam-macam lagi.

Sila klik tajuk post untuk melihat salah sebuah keluarga yang telah menghantar gambar AWKWARD mereka ke lama web ini. ok memang pelik!