Subscribe

Thursday, 5 January 2012

Binaan LEGO berdasarkan perkara hits tahun 2011 (10 gambar)

Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

  • April 2011 - The Royal wedding
  • May 2011 - US president Barack Obama and his national security team were picture in a now famous photo watching the mission to kill Osama bin Laden unfold in real time.

Tikus, alat pengesan periuk api di Mozambique (8 gambar)

Pernah dengar ayat 'Tidaklah sesuatu ciptaan Allah itu adalah sia-sia'? Begitulah juga dengan haiwan kebenciaan ramai orang. Tikus telah bekerja sebagai pengesan periuk-api yang beratus-ratus lagi masih tertanam di sekitar negara Mozambique. Semenjak berakhirnya perang di negara itu pada tahun 1992, setiap bulan dicatatkan purata sebanyak 20 kes kecederaan atau kematian dilaporkan. Dilaporkan 60% sebahagian daripada penduduk negara itu berharapkan kepada tanah untuk menjana ekonomi mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko periuk api setiap hari demi sesuap nasi.

Mozambique telah menemui cara paling berkesan dan murah untuk mengatasi masalah tinggalan periuk api yang bersepahan di negara itu. Tikus-tikus yang digunakan telah dilatih sekurang-kurangnya selama 9 bulan di pusat latihan. Ini kerana tikus mempunyai deria bau yang sangat bernilai manakala jisimnya pula cukup untuk tidak meletupkan periuk api yang masih tertanam. DIlaporkan sekumpulan tikus boleh membersihkan seluas 200 meter persegi kawasan yang disyaki dalam tempo masa 2 jam sahaja.

Sebagai ganjaran setiap kali menemui periuk api yang aktif, mereka akan diberikan pisang. Dilaporkan pada tahun 2008 dan 2009 sebanyak 30 ekor tikus telah ditauliahkan dan mereka digelar sebagai Hero Rats. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Vintage : Mesin Taip Chromatik yang boleh mewarna (3 gambar)



Pelukis Tyree Callahan dari Amerika Syarikat telah mengubasuai sebuah mesin taip chromatic 1937, menggantikkan huruf-huruf pada mesin taip tersebut kepada kandungan warna termasuk level hue sebagai fungsi mesin taip-mewarna. Inovasi ini telah dihantar turut serta ke Anugerah Barat 2012 (2012 West Prize) baru-baru ini. Pertandingan itu diadili menerusi tindakan vote paling banyak.

 Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Binaan Gereja di dalam pokok, Perancis (6 gambar)

Gereja yang unik ini terletak di sebuah perkampungan kecil orang Perancis Allouville-Bellefosse, di mana telah menjadikan sepohon pokok oak sebagai binaan utamanya. Sebenarnya ia merupakan pokok oak semulajadi. Di bahagian dalam pokok ini mengandungi 2 bahagian tempat bersembahyang. Tidak siapa tahu berapakah usia sebenar pokok oak ini tetapi dijangkakan ianya berusia 800 hingga 1, 200 tahun.

Dikatakan pada sekitar tahun 1600, pokok oak ini telah dipanah petir sehingga sebahagian pokok ini telah terbakar terutama di bahagian luar dan tengah. Tetapi pokok ini tidak musnah, malah beberapa hari kemudian ia mulai mengeluarkan tunas-tunas baru. Pokok yang dianggap unik ini telah ditemui oleh penduduk kampung dan menganggap kejadian tersebut adalah sebuah keajaiban. Mereka  mula membina gereja di dalamnya dan memanggil kawasan ini adalah kawasan Notre Dame de a Paix (Our Lady Of Peace) da Chambre de I'Ermite (Hermit' Room). Walaubagaimanapun semasa Revolusi Perancis, pohon ini telah mendapat kecaman hebat oleh generasi revolusi. Terdapat cubaan untuk memusnahkan pokok dan gereja ini.

Tetapi berikutan peredaran masa dan perubahan cuaca tidak menentu telah menjadikan pohon setinggi 33 kaki ini mungkin tidak dapat bertahan lagi. Terdapat beberapa bahagian 'tubuh' gereja ini terpaksa menggunakkan sokongan kayu agar tidak musnah dalam jangka masa yang cepat. Sebagai tambahan maklumat, sebuah festival yang dipanggil Feast of The Assumption of The Virgin akan diadakan pada 15 Ogos setiap tahun. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.