Subscribe

Tuesday, 13 December 2011

Peluang merakam kehidupan Yakuza, Jepun (16 gambar)

Seorang jurugambar yang berasal dari negara Belgium telah menghabiskan masa selama dua tahun dengan mengkaji budaya 'underground' di negara matahari terbit, Jepun. Anton Kusters telah berpeluang untuk bergaul dengan golongan Yakuza yang terkenal dengan struktur mafianya. Selain daripada Anton Kusters, beberapa jurugambar asing juga berpeluang dan mendapat kepercayaan dari kumpulan sulit ini. Tetapi Kusters telah diberi keistimewaan untuk mengambil gambar beberapa ritual mereka yang dianggap rahsia. Sila klik tajuk post untuk entry sepenuhnya.


Derma 1 klik untuk hari ini. TQ.


Obsesi hendak jadi macam Superman (10 gambar LOL)

Haha. Kali ni label OBSESI ditambah lagi dengan cerita menarik dari Filipina. Seorang obserser Superman, Herbert Chavez telah dinobatkan sebagai Pageant Trainer apabila beliau telah beberapa kali menjalani pembedahan plastik semata-mata hendak menyerupai seperti Superman!

Sejak tahun 1996, beliau telah melakukan pembesaran dagu, mengubah struktur hidung dan beberapa suntikan silikon serta implan pada peha untuk menyerupai seperti Superman. Walaubagaimana ciri wajah Filipino pada Herbert amat menyukarkan sedikit untuk menyerupai totally macam Superman. Seluruh bahagian rumah Herbert juga mempunyai benda-benda yang berkaitan dengan Superman termasuk replika hero dunia itu. Tetapi apa yang pasti, dia masih belum boleh terbang! Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Ekspresi seni oleh seekor monyet, Pocket. (6 gambar)

Lukisan-lukisan di bawah merupakan hasil karya seekor monyet jenis caphucin. Lukisan ini adalah berbentuk abstrak dan eksperimental yang telah dijual dengan harga 250 pounds untuk sekeping. Monyet caphucin yang menghasilkan karya dengan menggunakan ekor, tangan, kaki dan juga berus ini mempunyai stailnya yang tersendiri. Keunikan haiwan menjadi artis seni lukis ini telah mula dikesan apabila seorang sukarelawan Story Book, Charmaine Quinn telah memberikannya cat warna kanak-kanak bukan toksik kepada Pocket Warhol, monyet chapuchin ini. Pocket dilihat sangat suka apabila aktiviti mewarna dilakukan olehnya. Hasil karya Pocket mendapat pasaran di Eropah dan Israel. Tetapi dikatakan, hasil karya Pocket ini akan diberikan kepada sebuah agensi di Israel untuk membangunkan tempat suci bagi orang-orang Israel.

Sila klik tajuk post untuk melihat gambar entry tentang Pocket yang unik ini. Monyet yang berbakat ini akan mempunyai pameran seni di mana 40 buah lukisannya akan dipamerkan di Sadie's Diner dan Juice Bar di Adeilade, Australia pada awal tahun hadapan.

Set home theatre yang bernilai USD 6 juta!!! (8 gambar)

Blogpedia pernah berkongsikan info tentang hiasan dalaman rumah untuk set home theatre. Kali ini pula Blogpedia akan memberi paparan tentang set teater rumah yang bernilai USD 6 juta!!!! Gilalah! Set teater rumah ini adalah kepunyaan Jeremy Kipnis yang merupakan seorang jurutera dan penerbit muzik serta seorang yang sukakan muzik klasik! Set teater rumah ini dikatakan mempunyai 8.8 channels of surround sound atau saluran bunyi sekeliling, 16 buah subwoofer dan resolusi video 4 kali ganda yang hebat pada 1080p serta 18 x 10 kaki skrin set Stewart Snowmatte. No wonderlah orang sanggup keluarkan duit yang banyak untuk membeli kehendak diri sendiri. Sila klik tajuk post untuk melihat entry keseluruhan.