Untuk entry perayaan Natal ni, saya nak kongsi sedikit info pasal kepercayaan masyarakat beragama Kristian tentang tanah suci Baitul Laham Palestin, di mana mereka mempercayai Baitul Laham merupakan tempat kelahiran bagi Jesus. Sejumlah orang-orang alim saban tahun akan datang melawat dan bersembahyang di Gereja Nativity. Kelihatan persediaan-persediaan petugas akan melakukan tugasan mereka sepanjang lawatan-lawatan dari luar ini. Ada sumber yang mengatakan, Baitul Laham tidak lagi menjadi tempat yang popular yang lawatan sempena perayaan Natal ini disebabkan sekatan dan campurtangan pihak zionis di kawasan ini. Di samping itu juga, terdapat mazhab di dalam agama Kristian tidak merayakan 25 Disember sebagai kelahiran Jesus, tetapi mereka merayakaannya pada 7 Januari pada setiap tahun.
Apapun, jom kita tengok sambutan perayaan Natal di Baitul Laham ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
0 comments:
Post a Comment