Subscribe

Friday 30 December 2011

Pesta Buih, Lancashire (6 gambar)

Tahun ini musim salji tidak berapa menjadi di sesetengah kawasan di dunia akibat pemanasan global. Tetapi kali ini pula, dunia dikejutkan pula dengan fenomena hujan buih di beberapa kawasan pantai di Blackpool. Sepanjang Anchorsholme, Cleveleys berhampiran resort Lancashire, kawasan ini seolah-olah telah ditutupi dengan permaidani yang berupa buih. DIkatakan buih-buih tersebut merupakan kesan pencemaran seperti tumpahan minyak dari sisa industri perkilangan mahupun perkapalan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


 Dilaporkan penduduk sekitar terpaksa memandu berhati-hati berikutan keadaan buih-buih yang telah mencatatkan setinggi 3 kaki. Menurut penduduk sekitar, buih tersebut merupakan berasaskan minyak dan ianya menjadi kotoran yang telah melekat pada pakaian mahupun kereta dan tingkap rumah penduduk. Buih itu ditiup ke darat dengan kelajuan angin 90mph dan melanda beberapa kawasan di situ. Namun Agensi Alam Sekitar percaya ianya mungkin disebabkan penguraian alga di laut. Jurucakap mereka berkatan, mereka telah mengambil sampel buih untuk dibuatkan kajian.

0 comments:

Post a Comment