Subscribe
Wednesday, 4 January 2012
Bilik hotel pelbagai tema, Hotel Wanderlust, Singapura (30 gambar)
Lucu pula bila saya buat sedikit rujukan translation dekat Google Translation. Hotel Wanderlust diterjemah sebagai Hotel Nafsu Berkelana. Amboi, nakal Google Translation ni. Apapun nasihat saya kat korang, jangan ambil 100% ayat-ayat dari sana, guna akal sendiri untuk menterjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu yang lebih mudah difahami dan sesuai dengan struktur ayat. Hotel Nafsu Berkelana (menurut Google Translation) ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan tinggal terletak di Singapura dan telah dibina pada tahun 1920-an lagi. Taukeh Singapura yang bijak telah melakukan perubahan bangunan ini kepada sebuah hotel kapasiti 29 buah bilik tetapi yang uniknya, setiap bilik mengandungi tema dan reka bentuknya yang tersendiri. Contohnya tingkat pertama direka bentuk dengan gaya perindustrian era Cocotte dan restoren Perancis. Tingkat dua pula dengan gaya Panton di mana penggunaan warna-warna neon terang dan tingkat-tingkat seterusnya. Menarik juga. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment