Amazing dan sangat super! Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat hasil seni oleh Lorenzo Duran. Hasil tangan ini boleh dijadikan hadiah istimewa mana-mana hari peristiwa pun. Potongan-potongan halus yang dilakukan adalah sangat teliti dan sudah pasti memerlukan passion seni yang sangat dalam. Artis seni dari Sepanyol itu mengatakan sebelum memotong daun-daun tersebut, beliau terlebih dahulu akan mengeringkan di dalam acuan khusus untuk mendapat bentuk yang bagus. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Subscribe
Thursday, 5 January 2012
Wednesday, 4 January 2012
Lesung Batu Urban oleh Semiha Kan
Menarik betey peralatan dapur yang satu ini. Tapi kurang pastilah pula ketahanan fizikal lesung batu atau Cube Mortar & Pestle yang direka oleh Semiha Kan. Tambah-tambah lagi bila kaki makan belacan. Tak ada lesung, sambal belacan susah nak jadi. Yang menariknya lesung batu urban ini adalah ruang simpan untuk anak lesungnya. Lepas basuh, simpan saja di tempatnya. Tak adalah nak tergolek seperti selalu kan.
Labels:
Design
Vintage: Kitar Semula Beg Pakaian Zaman P Ramlee ( 3 gambar)
Oh Man! Saya pasti rumah korang pasti ada mempunyai beg-beg macam ni kan? Milik mak bapa tak pun nenek datuk ke? Yang menariknya beg pakaian tersebut boleh direkahias semula seperti gambar-gambar di bawah. Pereka James Plumb telah menghasilkan set almari atau drawer dengan menggunakan beg-beg lama ini. So, apa lagi? Bagi yang sukakan hiasan vintage, boleh mencuba mencipta sendiri perabot ini. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Labels:
Design,
Vintage Collection
Rumah Terrarium untuk Pokok Bongsai
Ciptaan Fort Standard ini sememangnya menarik bagi mereka yang menyukai hobi menanam bunga atau pengkhususan penanaman bongsai. Terrarium diperbuat daripada kayu mapel dan berdinding kaca. Manakala terrarium ini berfungsi seperti kaki tripod di mana pada bahagian bawah rumah bongsai boleh diputar-putarkan. Terrarium ini sesuai untuk rumah yang selalu menerima kunjungan tetamu. Ya la, semua maklum bongsai mengambil masa yang lama untuk menjadi benar-benar bersaiz bongsai. Tetamu dapat melihat kecantikan pokok bongsai dari arah luar rumah bongsai. Menarik.
Labels:
Design
Subscribe to:
Posts (Atom)



