Subscribe

Tuesday, 15 November 2011

Belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). (3 gambar)

Mari sesekali kita belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). Di Malaysia, rasanya paus biru tak pernah datang, mungkin disebabkan perairan yang cetek. Ada pun paus-paus yang bersaiz kecil, tp besar pada kita. 

152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010

KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial.
"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.
Heng berkata enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.
"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. -BERNAMA

Future: The Patient Gardener Project. (10 gambar)

Sebagai tanggungjawab kecintaan kepada alam sekitar, sebuah universiti di Stockholm telah mengadakan sebuah projek yang mengambil masa 80 tahun untuk disiapkan. Terdahulu, para peserta yang terdiri daripada profesor, pelajar dan orang-orang tertentu telah menghadiri sebuah majlis ilmu yang membincangkan tentang isu-isu alam sekitar, kesan kepada ekologi dan perkaitan projek ini melalui bidang seni bina. 


The Patient Gardener Project ini merupakan projek tersebut yang mana sebuah pokok ceri  Jepun akan ditanam mengikut struktur tertentu setinggi 2 tingkat. Silalah lihat paparan graphik di bawah tentang projek untuk masa depan ini. Peserta bertanggungjawab untuk menjaganya termasuklah proses pengawalan sehinggalah kepada tanggungjawab menyampaikan amanah ini untuk masa depan.




Stalking : LISA SURIHANI (17 gambar)