Seorang anggota tentera wanita sedang menahan sebak semasa memberi tabik hormat pada sebuah majlis memperingati tugas yang diadakan semasa berakhirnya misi ketenteraan mereka di Padang Tentera Udara, Kandahar pada Julai yang lepas.
Seorang pelawat sedang memegang sejambak bunga semasa memperingati Hari Gencatan Senjata di Memorial Perancis - Britith di Thiepval berhampiran Albert, utara negara Perancis. Memorial ini telah dibina untuk memperingati kira-kira 73, 000 anggota tentera dari negara Komanwel yang dipercayai hilang selepas pertempuran Somme semasa Perang Dunia Pertama.
Kakitangan Llyods sedang berdiri bertafakur Hari Perkhidmatan Tahunan mereka di Bangunan Llyods di London.
Seorang veteran Perang Vietnam, (L) Ed Glawson yang pernah berkhidmat selama 29 tahun bersama Tentera Udara dan Tentera Darat negara Amerika Syarikat sedang berbual bersama abang iparnya, Wilfred Kempker yang juga merupakan veteran Perang Korea, di dalam sebuah majlis di Kompleks Saudagar dan Pengilang Branson di Missouri pada 9 November yang lepas. Kawasan ini juga telah dikenali sebagai pekan hiburan yang mempunyai kira-kira 6, 000 penduduk ini telah menjadi kawasan untuk mengadakan Hari Veteren 11 November, pada tahun ini.
Putera Mahkota Belgium, Phillipe (L) memberi tabik hormat kepada veteran semasa majlis Hari Gencatan Senjata yang ke 93 selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, di Brussels.
Ahli-ahli pasukan bola sepak England sedang memberi penghormatan dengan bertafakur selama 2 minit pada Hari Peringatan sebelum memulakan seisi latihan di Stadium Wembley, London. Pasukan England akan berlawan di Sepanyol pada hari Sabtu ini.
David Price, 4 tahun, anak kepada salah seorang pegawai Tentera Laut AS dilihat sedang bermain dengan kereta permainan beliau berdekatan tanah perkuburan tentera Amerika semasa sambutan Hari Veteran tahunan di Manila.
Beribu orang sedang senyap bertafakur sejenak sempena memperingati Hari Genjatan Senjata, di Trafalgar Square di tengah Kota London.
Menteri Pertahanan Canada, Perter Mackay sedang meletakkan kalungan bunga di Memorial Perang sempena majlis peringatan sehari selepas berakhirnya misi ketenteraan tentera Canada di Kandahar yang lepas.
Tentera AS sedang memberi tabik hormat ketika di dalam majlis Hari Veteran di lapangan terbang Bagram, Utara Kabul.
Paderi Kristian Bruce Hawkins sedang menghadiri majlis Hari Gencatan Senjata di Memorial Kebangsaan Perancis-British di Thiepval berhampiran Albert, utara Perancis.
Sekumpulan kanak-kanak sedang meletakkan sejambak bunga di dalam kolam air pancutan di Trafalgar Square selepas bertafakur selama 2 minit sebagai tanda menghormati Hari Gencatan Senjata, di tengah Kota London.
Replika-replika berbentuk salib dan mempunyai gambar tentera British yang terkorban semasa perang di Afgahnistan, di sebuah tapak memperingati di Westminster Abbey, London.
Replika patung yang menyerupai saiz sebenar tentera semasa Perang Dunia Kedua. Setiap satunya mewakili setiap 50 negeri yang terdapat di AS. Replika ini boleh dilihat di Muzium Memorial Veterandi Branson, Missouri.
Amoz Cortez, seorang veteran yang pernah berjuang ketika Perang Vietnam pada tahun 1966, sedang melihat nama salah seorang dari 5 rakan semenjak sekolah menengah beliau, yang terbunuh di dalam perang tersebut. Beliau sebenarnya di dalam perjalanan ke Memorial Vietnam di Welk Resort Theater, Missouri.
Pasangan Brenda dan Bruce Righton Uttoxeter dari Staffordshire sedang mengambil gambar semasa mengikuti Hari Peringatan di Westminster Abbey, London.
Sebuah mesej ingatan dari ahli keluarga pada sebuah batu nisan anggota tentera yang telah terkorban semasa perang, di tanah perkuburan Tilly-Sur-Suelles Normandy, Perancis.
Seorang petugas kebersihan dari Suruhanjaya Perang Komanwel sedang membersihkan daun kering di Tanah Perkuburan Beny-Sur Mer Canada dekat Perancis.
Sebuah papan tanda elektronik yang berkelipan mengeluarkan ucapan terima kasih kepada veteran tentera di Branson, Missouri.
sumber : reuter
0 comments:
Post a Comment