Subscribe

Saturday 10 December 2011

Keganasan kartel dadah di Mexico (10 gambar)

Entry ini mengandungi gambar-gambar bersifat keganasan. Melihatnya adalah risiko pembaca sendiri.

Blogpedia pernah memaparkan terowong yang digunakan oleh pengusaha dadah di sempadan Amerika Syarikah dan Mexico DI SINI. Kali ini Blogpedia akan memberi kongsi pula gambar-gambar sekitar pertempuran yang seringkali berlaku di antara kartel dadah, orang awam dan pihak berkuasa kerajaan Mexico. Seperti mana yang korang tahu, Mexico merupakan kawasan raja segala kartel dadah di Benua Amerika dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia. Perang dadah Mexico ini adalah konflik bersenjata yang sudah lama berlaku dan saban tahun mangsa daripada konflik ini terus bertambah. Sejak beberapa dekad, kartel Mexico menguasai pasaran dadah dunia. Walaupun telah ramai kartel yang telah ditangkap dan dihukum, perniagaan mereka tetap diteruskan malah semakin besar empayarnya.

Mexico seumpama menjadi titik pertemuan kartel-kartel dan juga mempunya rangkaian jenayah terancang di seluruh di dunia. Sejak sekian lama, Mexico menjadi port penyeludupan heroin dan ganja serta kegiatan perdagangan manusia. Kartel-kartel ini semakin besar empayarnya kerana ada penglibatan rahsuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Mexico. Di Mexico, cengkaman kuasa politik telah beransur hilang apabila adanya campur tangan daripada kartel dadah.

Kartel ialah rangkaian antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain mengawal harga dadah. Isu jenayah bukan saja berlaku di kalangan mereka, tetapi juga melibatkan orang awam. Menurut sumber, mana-mana individu yang dilihat menjadi ancaman kepada kartel ini  akan menghadapi ancaman bunuh dan biasanya mereka akan dibunuh. Kartel Mexico ini amat ganas dan tidak mengenal mangsa wanita atau kanak-kanak. Mereka membunuh tanpa belas kasihan malah terdapat juga pertempuran di antara kumpulan-kumpulan kartel yang bersaing di dalam pasaran.

Selain ancaman kepada penduduk sekitar, orang-orang media seperti wartawan juga menerima bahana yang sama. Dilaporkan sebanyak 9 nyawa wartawan dipercayai telah dibunuh kerana pihak kartel ini tidak mahu pihak akhbar menyiarkan sebarang aktiviti dadah di dalam media. Pada gambar pertama, merupakan pembunuhan kejam ke atas pasangan penulis blogger yang dipercayai telah menyiarkan kegiatan kartel-kartel dadah ini.

This sign was left on the bridge, translated from Spanish: 'This is going to happen to all those posting funny things on the internet' (LINK)


1 comments:

Unknown said...

patutnya dadah d hapuskan sama sekali sbb kerana dadah boleh menghilangkan sikap kemanusiaan

Post a Comment