Subscribe

Saturday, 10 December 2011

Perspektif seorang pemain pasukan sorak (6 gambar + 1 video)

Mungkin kita dah biasa tengok pemandangan permukaan tanah dari atas langit melalui arial photography. Tapi pernah ke tidak terfikir untuk melihat pemandangan sekitar melalui atlit sukan seperti ahli jimnastik ke, pemain bola sepak ke?? Kali ini, Blogpedia berkongsi kepada pembaca tentang bagaimana pula pemandangan sekeliling melalui pemain pasukan sorak. Saya yang mula-mula lihat ni pun rasa gayat bila tengok gambar-gambar ni. Walaupun hanya beberapa kaki dari atas tanah, tapi pemandangan yang dirakamkan melalui kamera mini yang dipasang di atas topi keledar khas ini adalah sangat menarik. Pasukan sorak Louisiana State University telah melaksanakan projek ini ketika mereka sedang membuat persembahan di hadapan penonton sebanyak 95, 000 orang di Arkansas. 

Gambar-gambar yang dirakamkan ini merupakan pemandangan dari seorang pembimbing sorak posisi paling atas di dalam step corak pyramid. Klip 90 saat ini telah berjaya merakamkan aksi-aksi pasukan sorak ketika sedang dilambung ke udara dan mendarat dengan tepatnya ke posisi yang telah ditetapkan dan juga keadaan sekeliling. Sila klik tajuk post dan melihat gambar-gambar serta video 90 saat dari pasukan ini.

Post ini berlabelkan Perkara Hebat. Sila KLIK DI SINI untuk melihat perkara hebat yang lain di blogpedia2u.


0 comments:

Post a Comment