Dog fighting atau bahasa lain yang mungkin korang mudah nak faham 'sabung anjing', kini telah aktif semula di Afghanistan. Aktiviti ini telah diharamkan dan dihentikan kerana dianggap sebagai satu tindakan yang kejam terhadap haiwan. Namun pada tahun 2001, dog fighting bernafas semula. Sila klik tajuk post untuk meneruskan pembacaan.
Ia pernah diharamkan di bawah pemerintahan Taliban. Setelah 2001, sukan itu telah kembali ke medannya. Banyak pertandingan-pertandingan haram telah dilakukan oleh para peminat dog fighting ini. Satu tragedi pernah berlaku, apabila 80 orang penonton telah terbunuh selepas seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya ketika pertarungan berlangsung.
Dan kini di Kabul, terdapat 2 kali pertandingan pada setiap minggu iaitu pada hari Jumaat. Sebuah kawasan luas akan dibuka pada waktu pagi di pinggir bandar. Pertarungan ini boleh menarik beribu-ribu penonton lelaki dan kanak-kanak. Ia dianggap sebuah sukan-sukan lain yang wujud di mana-mana. Pertandingan dog fighting ini dikatakan adalah warisan nenek moyang di dalam masyarakat tersebut. Seseorang yang mengambil bahagian biasanya memiliki beberapa ekor anjing yang dibela dan dilatih untuk tujuan sukan ini. Minoriti ini boleh ditemui di bahagian wilayah barat laut Badghis dan Kabul.
Seperti pertarungan haiwan yang lain, duit pasti menjadi pertaruhan. Sebuah pertandingan mampu menarik sehingga beribu-ribu nilai dolar wang pertaruhan. Semasa pertandingan, seorang pengadil akan dilantik untuk menentukan pemenang. Negara elit yang lain membidas dan memperkecilkan aktiviti dan menganggap ianya tidak beradap dan merupakan kesalahan jenayah. Bagi mereka, haiwan-haiwan ini perlu dilayan dengan baik dan bukannya disalahgunakan.
Tetapi bagi mereka yang mengambil bahagian berpendapat, anjing-anjing tersebut sentiasa diberi makanan yang baik serta dirawat sepanjang masa. Uniknya, pertandingan ini tidaklah sehingga melibatkan kematian bagi anjing yang kalah. Sekiranya salah seekor anjing tersebut suda kelihatan lemah, anjing tersebut akan dianggap kalah dan dikeluarkan dari gelanggang. Bagi masyarakat di situ, dog fighting Afghanistan lebih mirip kepada gusti Greco-Roman. Anjing diisytiharkan sebagai pemenang apabila anjing tersebut jelas membuktikan dominasi berbanding pihak lawan. Anjing tersebut akan dipisahkan sebelm mereka boleh menyebabkan kecederaan yang serius antara satu dengan yang lain.
0 comments:
Post a Comment