Subscribe

Friday 2 December 2011

Pameran Beribu-ribu Anak Patung Terpakai (10 gambar)

Saya rasa sesiapapun yang menyukai anak patung akan menyukai tempat ini. Supergila banyak anak patung dalam pameran ini. Gambar-gambar di bawah merupakan projek yang diilhamkan oleh seorang jurugambar Michael Wolf. Ia bermula apabila dia bersama keluarga telah datang melancong ke Amerika Syarikat dan kemudian membelikan sekarung anak patung terpakai untuk anaknya. Sila klik tajuk post untuk meneruskan pembacaan.



Yang uniknya, Michael dan anaknya mendapati bahawa setiap anak patung terpakai itu telah dibuat dari negara China. Bermula hari itu, Michael telah memulakan proses pengumpulan anak patut di seluruh California. Sebanyak 20, 000 anak patung terpakai berjaya dikumpul kemudian telah diposkan ke rumahnya yang terletak di Hong Kong.

Pada masa yang sama juga, Michael telah membuat lawatan ke kilang pembuatan anak patung di China. China merupakan penyumbang 75% kepada pembuatan permainan kanak-kanak di dunia! Kemudian, Michael telah mengambil gambar-gambar pekerja ketika mereka sedang menghasilkan permainan kanak-kanak ini. Potret-potret tersebut telah dipamerkan bersama sekali dengan 20, 000 anak patung yang lain. Sebuah bangunan telah dibina seperti sebuah muzium mini di mana kesemua anak patung tersebut telah dipamerkan kepada orang ramai.

0 comments:

Post a Comment