Subscribe

Monday, 9 January 2012

Binaan KOTAK TIDUR yang awesome, Beijing (4 gambar)

Sebuah organisasi rekacipta yang dikenali sebagai Arch Group telah mengambil inisiatif untuk mencipta Kotak Tidur Elektronik. Mereka peka dengan keadaan serba maju pada masa sekarang di mana fasiliti yang disediakan untuk berehat adalah sangat kurang jumlahnya. SleepBox merupakan salah satu projek dari kumpulan yang direka dan diletakkan di stesen kereta api, pusat membeli belah dan lapangan terbang seperti kawasan menunggu. Sebagai contoh kegunaannya adalah ketika menunggu teman wanita korang pergi membeli belah, bolehlah berehat di ruangan tersebut. Hehehe. Gambar di bawah merupakan salah satu pemandangan di sebuah lapangan antarabangsa Beijing, China. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


0 comments:

Post a Comment