Subscribe

Friday 16 December 2011

Atendan penerbangan mak nyah, Thailand (6 gambar)

Golongan mak nyah atau transeksual di Thailand kini berpeluang menjawat jawatan sebagai atendan penerbangan (baca: pramugari (wanita) atau pramugara (lelaki). Sebuah syarikat penerbangan Thai, PC Air, telah mengupah golongan ini selepas sebelum ini hanya mengupah atendan penerbangan lelaki dan perempuan sahaja. Mengambil iniasitif positif, PC Air mengambil langkah menerima 4 orang atendan transeksual selepas menerima lebih daripada 100 permohonan. Klik tajuk post untuk berita penuh.



Mereka telah menjalankan tugas kali pertama di dalam penerbangan Lapangan Terbang Suvarnabumi ke wilayah Surat Thani, selatan Thailand. Semasa proses temuduga, syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa kelayakan atendan penerbangan LadyBoy ini sama seperti atendan penerbangan wanita, dengan priviso tambahan mereka seperti wanita. Contohnya bagaimana cara mereka berjalan dan bercakap, mempunyai nada suara yang feminin serta sikap yang betul. Diskriminasi terhadap golongan ini bukanlah perkara baru, mereka tidak diiktiraf secara rasmi sebagai wanita dan kad pengenalan mereka tetap beridentitikan lelaki.

Golongan ini dikenali sebagai 'katoeys' atau 'ladyboys' di negara Thai. Di negara Thai, mereka berpeluang sama rata di dalam masyarakat berbanding negara-negara lain dan kerap memegang jawatan yang tinggi di dalam pelbagai bidang.



sumber

0 comments:

Post a Comment