Subscribe

Friday 16 December 2011

Hospital bersalin bertemakan Hello Kitty, Taiwan. (4 gambar)

Ini mungkin cerita slowpoke juga. Hahaha. Kita biasa melihat obses manusia pada Hello Kitty dari segi perhiasan rumah, perhiasan kereta dan macam-macam lagi. Di Taiwan, sebuah hospital bersalin bertemakan Hello Kitty telah dibina dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan ibu ketika bersalin. Bermula dari selimut sehinggalah sijil kelahiran bayi dan juga pakaian seragam yang dipakai oleh kakitangan hospital, semuanya bertemakan Hello Kitty. Lif dan dinding hospital juga lengkap dengan poster watak Hello Kitty dan berwarna merah jambu.  Sila klik tajuk post untuk entry penuh.




Bayi yang lahir juga akan mendapat set barangan Hello Kitty seperti set misai, selimut merah jambu atau biru. Manakala jururawat akan berpakaian seragam bewarna merah jambu dan apron yang bertemakan kucing. Pengarah hospital  Tsung Chi telah memperuntukkan $100 juta untuk hiasan dalaman hospital selepas mendapat kebenaran daripada syarikat fiksyen kucing Hello Kitty iaitu Jepun Sanrio Co Ltd.

0 comments:

Post a Comment