Subscribe

Friday 16 December 2011

Serangan berani mati Hari Asyura, Afghanistan. (13 gambar)

Semasa hari Asyura awal Disember lepas di Aghanistan, negara itu dikejutkan dengan serangan pengeboman berani mati yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 59 orang awam. Menurut laporan, kedua-dua letupan  telah disasarkan kepada pengikut mazhab Syiah dan serangan ini disifatkan sebagai serangan mazhab yang pertama sepanjang satu dekad ini. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.




Pengebom telah nekad untuk menyerang di tengah-tengah orang ramai di luar sebuah masjid di Kabul. Pada masa yang sama, ramai orang awam tengah berkumpul di hadapan Abul Fazl sempena memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW yang juga dikenali sebagai Hari Asyura. Pengebom telah meletupkan bahan letupan berhampiran salah satu pink ke makam dan telah membunuh 55 nyawa termasuk 2 wanita dan 4 kanak-kanak. Manakala lebih 160 orang telah dilaporkan telah tercedera.

Pada masa yang sama, 185 kilometer dari bandar utara Mazar-I-Syarif, 4 orang telah terbunuh apabila sebuat bos yang telah diikat pada sebuah basikal ketika terdapat konvoi pengikut mazhab Syiah sedang berada di jalan yang sama. Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan ini.

Maklumat tambahan, kira-kira 20% daripada 30 juta orang penduduk Afghanistan ialah terdiri daripada minoriti pengikut Syiah. Presiden Hamid Karzai menyifatkan serangan ini merupakan serangan kali pertama yang berteraskan fahaman agama.


sumber

0 comments:

Post a Comment