Subscribe

Friday 16 December 2011

Melawat ke kem latihan penyerang berani mati Taliban, sempadan Afghanistan. (8 gambar).

Sebelum ini Blogpedia telah menyiarkan pengalaman jurugambar Barat untuk menyelami dunia Yakuza di Jepun selama 2 tahun. Beliau telah diberi peluang untuk mengambil gambar dan menulis sedikit tentang ritual-ritual dan cara kehidupan minoriti Yakuza tersebut. Kepada yang belum membaca entry tersebut, korang boleh dapatkan ianya di SINI.


Kali ini, Blogpedia sekali lagi akan menyiarkan pengalaman  3 orang wartawan Associated Press yang telah diberi peluang oleh pejuang Taliban untuk mengambil gambar dan menulis serba sedikit tentang latarbelakang pejuang-pejuang Taliban ini. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Wartawan, jurugambar dan juruvideo dari AP telah menghabiskan masa selama 6 hari menelusuri kehidupan pejuang-pejuang Taliban (Pakistan) ini di sempadan Afghanistan. Mereka mengambil masa selama 15 jam untuk melalui jalan tikus kerana mengelak dari sebarang kemungkinan serangan. Utara Waziristan pernah menjadi tempat tinggal penduduk berjumlah kira-kira 500, 000 orang, tetapi kini kawasan tersebut telah menjadi sunyi sepi selepas berlakunya serangan daripada tentera Pakistan pada tahun 2009.


Menurut pengalaman mereka, terdapat 3 orang lelaki yang tinggal di dalam sebuah rumah yang hampir musnah. Pihak Taliban telah memberi bantuan catuan bulanan seperti bahan makanan kepada mereka setiap bulan. Kawasan ini selalu menjadi sasaran utama tentera Pakistan di dalam usaha memusnahkan perjuangan Taliban di daerah itu. Bagi Taliban Pakistan, Utara Waziristan tersbeut merupakan medan bagi umat Islam yang mahu menegakkan jihad. Serangan kerapkali berlaku dan dipercayai Amerika Syarikat menjadi dalang terhadap serangan ini. Dikatakan Amerika Syarikat telah menjadi pembekal material kepada Pakistan seperti wang, senjata dan bantuan pakar untuk melaksanakan kempen menentang militan di negara itu.

Minoriti Taliban Pakistan ini menjalani pelbagai jenis latihan sehinggalah kepada cara melaksanakan serangan berani mati. Latihan-latihan dijalankan di celah-celah gunung. Bagi mereka, mereka bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan serangan berani mati tanpa teragak-agak di atas arahan komander mereka. Walaupun musuh luar mempunyai rangkaian peralatan perang yang canggih, tetapi mereka tetap tidak boleh mengalahkan Taliban. Serangan berani mati bermaksud mereka menggunakan tulang sebagai peluru, daging tubuh sebagai ubat bedil dan darah pejuang ini sebagai bahan api. Itulah semangat mereka yang dipegang.

0 comments:

Post a Comment