Subscribe

Saturday 3 December 2011

Bandar paling sempit di dunia, Shibam (6 gambar)

Ini ialah bandar Shibam, sebuah bandar yang terletak di negara Yaman. Sudah dibina semenjak abad ke 16, Shibam merupakan salah sebuah bandar yang tertua dan mempunyai perancangan struktur bandar berdasarkan prinsip pembinaan tegak. Kalau melihat pada gambar-gambar, Shibam seolah-olah bandar yang kelihatan sempit. Tetapi sebenarnya dalam masa yang sama Shibam mempunyai sistem pengaliran air yang terbaik suatu masa dulu. Walaubagaimanapun kini Shibam menghadapi cabaran kehidupan yang lebih moden dengan terbinanya lebih banyak kawasan konkrit. Tetapi sehingga ke hari ini, Shibam masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Seni bina Shibam masih dikekalkan sebagai bukti kehebatan pembinaan rumah oleh dunia Arab dan Islam. Bandar ini dibina di atas sebuah bukit, berbentuk trapezoid dan hampir segiempat tepat bentuknya. Sila klik tajuk post untuk melihat keunikan bandar yang sempit ini.


0 comments:

Post a Comment