Subscribe

Monday, 21 November 2011

Pasar Sihir Togo, Afrika (7 gambar)

Inilah pemandangan Pasar Sihir Togo di Lome. Pasar sihir ini menjual pelbagai jenis bahan-bahan penyembuh secara tradisional dan sihir. Malah ada yang berpendapat, pasar ini juga adalah sebuah pasar yang mempunyai kesaktiannya tersendiri. Penduduk di sekitar Lome sesetengahnya mengamalkan tradisi sihir menyihir yang mempercayai bahawa kehidupan manusia berasal dari kuasa-kuasa semulajadi bumi, air, udara dan api.

Pasar sihir ini diumpamakan sebagai farmasi apabila tidak dapat sembuh selepas rawatan dari hospital. Mereka menjual pelbagai jenis kepala haiwan seperti kepala buaya, monyet dan kucing. Haiwan eksotik seperti burung hantu, sesumpah dan pelbagai jenis ular juga dijual di sini.

Perubatan secara tradisional ini mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan mereka sendiri. Bekalan ubat-ubatan ini diperolehi dari seluruh Afrika Barat seperti Ghana, Burkino Faso, Benin, Ivory Coast dan Nigeria. Kebanyakan bomoh dan peniaga di sini mewarisi ilmu sihir dan perniagaan secara turun temurun.

Mereka menggunakan tangan kiri monyet atau tapak tangan gorila kemudian dimasak dengan pelbagai jenis herba. Kemudian serbuk dihasilkan dan dijual kepada mereka yang bekerja sebagai penjaga gol di dalam sesebuah pasukan bolasepak. Mereka percaya serbuk dari tangan kiri monyet dan tapak tangan gorila mampu menjadikan mereka sebagai penjaga gol yang hebat.

Hantaran Khawin RM 5 juta (part 2)

Sebelum tu baca part 1 dulu. Kemudian lihat gambar-gambar di bawah. Apapun sangkaan korang, syukurlah Syella Kamaruddin dah selamat berkahwin pun. sumber gambar : beautifulnara


Obsesi tatoo, papan tanda jalan di Amerika Syarikat (6 gambar)

Macam-macam betul keinginan manusia ni. Terbaru seorang lelaki dari Oklahoma, Ron Jones, telah membuat dedikasi kepada 66 Laluan (Route 66) dengan mencacah sebagai 103 tatu ke seluruh  badannya. Cacahan tatu tersebut merupakan tanda-tanda papan tanda iklan yang terdapat di sepanjang jalan utama di Amerika Syarikat.

Beliau mula obses dengan tatoo papan tanda jalanraya ini pada usia 51 tahun. Semenjak itu, setiap kali beliau sampai di tempat yang baru, beliau akan meminta tukang cacah tatu untuk mencacah mengikut papan tanda jalan yang ditemuinya.


sumber: (link)

Cahaya Aurora musim baru, Norway (3 gambar)

Tommy Eliassen seorang jurugambar amatur, menggunakan kamera nikon D700 dan lensa 14-24mm dan telah menunggu berhari-hari untuk gambar cahaya aurora musim baru ini. Gambar ini diambil di Ifjord, Finnmark (Norway). Cuaca hari-hari sebelum itu adalah keruh, menurut beliau. Dia bertuah kerana akhirnya mendapat gambar yang indah seperti ini. Ifjord mempunyai penduduk seramai 10 orang, terletak 130km dari bandar.

Smber: (LINK)