Subscribe

Monday, 21 November 2011

Melihat bangunan lama diletupkan, Lanarkshire (5 gambar + 1 video)

Gambar-gambar dan klip video di bawah merupakan momen semasa sebuah blok bangunan 17 tingkat dan berusia 50 tahun telah diletupkan. Bahan letupan sebanyak 55kg telah digunakan untuk meruntuhkan bangunan ini. Pelbagai langkah keselamatan telah diambil selain mengambil kira faktor setempat seperti keselamatan penduduk dan bangunan berhampiran. Penduduk sekitar pada hari itu mengambil peluang melihat bangunan ini dimusnahkan setelah hampir 50 tahun ia bertapak di situ.  (KLIK)

Tindakan meletupkan bangunan ini telah dijalankan oleh Techinical Demolition Service, Lanarshire. Saksikan 5 gambar dan 1 klip video untuk entry ini.

sumber: (LINK)





Bagi mereka yang minimalis, sofa multifunction

Mereka yang mempunyai ruang rumah yang kecil boleh menggunakan sofa mix with katil dua tingkat ni. Konsep modenisme yang begitu unik sekali.

Sumber: (link)



Erupsi Gunung Berapi Nyamulagira - Republik Congo (6 gambar)

Beruntungnya dapat melihat momen-momen erupsi gunung berapi. Terbaru 12 November yang Nyamulagira telah mula mengeluarkan lava, namun masih belum membahayakan. Ia terletak di Taman Negara Virunga, antara taman hutan yang tertua di Afrika. Sehingga kini Nyamulagira masih mengeluarkan lava tetapi tidak mengalir jauh dari situ. Walaubagaimanapun, pihak taman negara telah mengisytiharkan taman negara dan kampung sekitar dalam keadaan berjaga-jaga. Taman Negara Virunga terkenal dengan spesies cimpanzi dan gorila yang diancam kepupusan.

Pada masa yang sama, saintis dan kakitangan taman negara mula mendirikan khemah untuk tujuan kajian erupsi ini. Khemah untuk para pelancong juga disediakan.

Sumber : (link)

LINK menarik : (satu), (dua), (tiga)


Festival Menangkap Ikan di Nigeria (8 gambar)

Festival tahunan ini diadakan di pekan Argungu dalam daerah Kebbi di Nigeria. Pekan Argungu merupakan sebuah pekan nelayan. Salah satu tujuan utama festival pertandingan ini ialah memberi peluang bagi lelaki menunjukkan kelakian mereka kepada kaum wanita di sana. Festival yang dikenali sebagai Argungu International Fishing Festival merupakan festival kebudayaan yang diadakan selama 4 hari. Dikatakan pelancong luar akan datang ke Kebbi sebulan lebih awal untuk menyaksikan semua program yang dijalankan sempena festival ini.

Seramai 10, 000 orang telah menghadiri festival menangkap ikan ini yangdi adakan di tepi sungai Matan Fada. Beribu-ribu nelayan dengan hanya menggunakan jaring ikan dan sejenis peralatan tradisional yang dipanggil gourds akan digunakan selama 45 minit berlangsungnya pertandingan ini. Ikan paling besar semestinya akan mendapat hadiah yang paling besar.  Pada tahun 2008, seorang peserta telah ditarik balik kemenangannya dan dipenjara kerana menipu. Beliau telah menggunakan ikan yang lebih dulu ditangkap dari kawasan luar. Buktinya apabila insap pada ikan tersebut menunjukkan ikan tersebut sudah lama mati sebelum pertandingan.

Semasa perayaan, perahu akan dipenuhi dengan pemain alat muzik dram untuk memberi semangat kepada nelayan yang bertanding. Festival ini merupakan gabungan pameran pertanian dan sebagai tanda berakhirnya musim menanam dan menuai hasil pertanian. 8 gambar untuk dinikmati. oh! Gagahnya abang hitam ni!