Subscribe

Friday 25 November 2011

Mesin basuh haiwan kesayangan (4 gambar)

Ini adalah terbaik buat abad ini untuk semua pemelihara haiwan rumah seperti anjing dan kucing. Sekarang kita sudah mempunyai teknologi mesin basuh untuk kucing-kucing kesayangan kita. Seorang usahawan Perancis, Romain Jarry 31 tahun, menegaskan mesin basuh haiwan ini tidak memudaratkan haiwan. Beliau sedang merancang untuk meluaskan Mesin  Dog-A-Matic ini ke Britain selepas kejayaannya membuka kedainya sendiri di St Max, berhampiran Nancy. Pengguna hanya akan mengambil masa setengah jam untuk proses mesin basuh ini. Kos yang dikenakan adalah mengikut saiz haiwan tersebut. Menurut Romain, semua proses ini tidak mengambil masa yang lama termasuk proses pengeringan. Sila klik tajuk post untuk melihat mesin-mesin tersebut.

Post ini di bawah label 'Perkara Hebat'. Sila klik di sini untuk melihat perkara hebat yang lain.




Sumber

0 comments:

Post a Comment