Subscribe

Saturday 17 December 2011

Bakal salah sebuah lagi mercu tanda Manhanttan. (5 gambar)

Ini adalah versi HDR, pemandangan dari tingkat 90. Minggu ini One World Trade Center telah siap pada tingkat 90 dan hanya ada 14 lantai lagi bakal disiapkan. Bangunan yang bakal menjadi salah satu lagi mercu tanda Manhattan ini dijangkakan akan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Gunaan dinding berteraskan kaca meliputi sehingga ke tingkat 65 dan kemudiannya menggunakkan konkrit sehingga ke tingkat 82. Bangunan ini bakal mempunyai 104 tingkat dan bakal mempunyai gelaran bangunan yang tertinggi di Manhattan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


One World Trade Center ini telah dibina oleh arkitek terkenal, David Childs. Asas tingkat pertama mula dibina pada tahun 2004 dan mempunyai hiasan hutan kecil seluas 8 ekar. Kawasan bangunan ini juga bakal mempunyai 2 buah kolam pancutan air sedalam 50 kaki dan akan mempunyai sebuah muzium yang akan mempamerkan bahan bersejarah berkaitan dengan peristiwa 11 September.

0 comments:

Post a Comment