Jenama pakaian terkenal, Emporia Armani telah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi antarabangsa Rihanna di dalam penghasilan fesyen terbaru syarikat pakaian itu. Ini termasuk rekaan pakaian dalam, seluar jeans serta kemeja T. Keistimewaan koleksi ini ialah kemeja T-nya mempunyai lambang yang menggabungkan huruf pertama nama Rihanna, R, dengan lambang Emporio Armani iaitu helang.
Subscribe
Wednesday, 23 November 2011
Dikejar gelombang ombak setinggi 30 kaki, Britain (5 gambar)
Seorang pemuda Richarf Sills secara tidak sedar terdapat sebuah ombak massive sedang meluruh ke arah semasa beliau sedang mendayung untuk menanti ombak seterusnya. Kejadian ini berlaku di Pantai Fistral, Newquay. Ombak pada gambar pertama dikatakan ombak gelombang yang terbesar dan paling berbahaya pernah dicatatkan. Ia digelar sebagai The Widow Maker dan dianggarkan ketinggian sehingga 30 kaki.
Fenomena The Widow Maker hanya berlaku beberapa semasa musim sejuk di antara bulan April dan September setiap tahun. Seorang jurugambar amatur telah berjaya merakam dan mengambil gambar saat-saat Richard Sills, seorang peluncur profesional, dikejar oleh gelombang ombak yang sungguh besar itu. The Widow Maker dianggap sebagai gelombang terbesar di United Kingdom, terkenal dengan keganasan ombaknya dan hanya peluncur air bertaraf profesional saja yang mampu menawannya.
sumber
Fenomena The Widow Maker hanya berlaku beberapa semasa musim sejuk di antara bulan April dan September setiap tahun. Seorang jurugambar amatur telah berjaya merakam dan mengambil gambar saat-saat Richard Sills, seorang peluncur profesional, dikejar oleh gelombang ombak yang sungguh besar itu. The Widow Maker dianggap sebagai gelombang terbesar di United Kingdom, terkenal dengan keganasan ombaknya dan hanya peluncur air bertaraf profesional saja yang mampu menawannya.
sumber
KLIK TAJUK POST UNTUK ENTRY LENGKAP.
Labels:
Perkara Hebat,
Travel Tour
Pasukan Harimau Muda disambut meriah, LCCT (12 gambar)
SEPANG - Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini. Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.
Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).
Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok. Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.
"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.
KLIK TAJUK POST UNTUK BERITA PENUH
Labels:
Local News,
Perkara Hebat
Gambar Bangunan Rumah Baginda Rasullullah SAW (7 gambar)
Gambar-gambar di bawah merupakan gambar rumah Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Siti Khadija R.A yang mereka duduki selama 28 tahun. Ianya hanyalah sebuah rumah sederhana tetapi seluruh umat tahu, di sinilah bermulanya kehidupan Rasulullah bersama isteri tercintanya. Lihat paparan selanjutnya..
- Lokasi ini dipercayai runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah SAW dan Siti Khadijah R.A
Labels:
MostInTheWorld
Subscribe to:
Posts (Atom)








