Blogpedia pernah memaparkan koleksi barang kemas dan sedikit maklumat tentang Elizabeth Taylor itu di dalam entry INI. Seperti yang dilaporkan, sebuah majlis pelelongan barang kemas, barangan peribadi dan beberapa barangan berinspirasikan Elizabeth Taylor telah berjaya dijayakan baru-baru ini. Koleksi barang kemas yang menakjubkan ini telah berjaya meraih jumlah lelongan sebanyak $ 115 juta di New York. Ini termasuk jumlah $11.8 juta untuk kalung mutiara dan $8.8 juta bagi cincin berlian, kedua-kedua barang kemas ini merupakan hadiah pemberian oleh Richard Burton.
Kalung tersebut merupakan kalung mutiara yang dianggap bersejarah dan dikenali sebagai La Peregrina. Ia dibeli oleh Burton pada harga $37, 000 pada tahun 1969 dan berjaya meraih $ 11. 8 juta pada malam lelongan tersebut. Dilaporkan sebanyak $2 -3 juta telah berjaya diraih bagi lelongan permata, pakaian dan memorabilia lain yang pernah dikumpul oleh Elizabeth Taylor. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Subscribe
Thursday, 15 December 2011
Projek pembaziran di China, membina Disneyland (8 gambar)
Negara China juga rupanya tidak ketinggalan di dalam mempunyai sikap membazirkan duit untuk pembangunan hartanah di negara itu. Gambar-gambar di bawah merupakan salah satu bukti atas sikap yang disebutkan. Kawasan ini merupakan Disneyland China yang tidak pernah siap semenjak didirikan pada tahun 1998. Dijangkakan menjadi sebuah taman hiburan terbesar di Asia, namun pembinaan terpaksa dihentikan apabila pembiayaannya ditarik balik. Selain itu, pertelagahan dingin di antara petani dan kerajaan tempatan tentang isu harga hartanah telah mengakibatkan terbantutnya projek pembangunan mega ini.
Kini yang tinggal hanyalah tapak yang mereput dan para petani telah mula bercucuk tanam balik di situ. Jualan hartanah di negara itu merupakan penyumbang 10% kepada pertumbuhan ekonomi negara China. Tambahan maklumat, negara China mempunyai versi Disneylandnya yang tersendiri, iaitu di Hong Kong dan Shanghai. SIla klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Berapa tinggikah Nabi Adam A.S?
Diakui asal-usul umat manusia berasal dari punca yang satu iaitu Nabi Adam (as). Tidak beberapa lama, daripada rusuk Nabi Adam (as) dijadikan Siti Hawa (as) dan seterusnya berkembanglah umat manusia bersilih ganti dan menjadi berbilang-bilang bangsa dan suku seperti sekarang. Ada pendapat ulama’ yang mengatakan bahawa ketinggian Nabi Adam (as) adalah lebih kurang 100 hasta dan ada yang berpendapat 60 hasta.
Namun demikian, mari kita merujuk hadis Rasullullah (saw):
“Allah (swt) menciptakan Adam (as) dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam (as), mahkluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Maka, berdasarkan hadis di atas, ketinggian Nabi Adam adalah 60 hasta.
1 hasta = 45.72 cm
60 hasta = 27.432 m
60 hasta = 27.432 m
Tinggi Nabi Adam (as) adalah hampir 30 meter!!!!.
Berikut adalah gambar replika baju Nabi Adam (as) yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Ia mengambil masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjangnya 29 meter dan lebarnya 9 meter.
Tapi persoalannya di sini kenapa ketinggian umat manusia semakin berkurang seperti sekarang ini?
Sekumpulan saintis daripada Amerika Syarikat (AS) telah membuat kajian mengenainya dan mereka mendapati salah satu punca kemerosotan purata ketinggian umat manusia adalah memakan makanan yang diawet.
Labels:
People Of
Hantar surat ugutan pada Santa Claus. Haizz.
Pilihanraya Umum Malaysia dengar-dengar tak lama lagi nak menjelma. Korang dah daftar jadi pengundi belum? Kalau belum ataupun sudah, ataupun nak buat semakan, korang boleh melakukan pemeriksaan secara online DI SINI. Bila mengundi nanti, undilah dengan penuh ikhlas hati yang jitu occay?
Kali ni Blogpedia nak kongsi pasal seorang kanak-kanak or maybe remaja yang baru berusia 13 tahun. Tengok muka dia pun, saya rasa serammm~~. Dikatakan Meekeda Austin telah menghantar surat kepada Santa Claus seperti penganut Kristian yang menyambut Krismas yang lain. Menghantar surat untuk Santa Claus merupakan sebahagian daripada tradisi Krismas untuk kanak-kanak di seluruh dunia pada setiap tahun. Yang menariknya, Meekeda telah mengancam untuk 'memburu' dan 'memasak' rusa atau reindeer milik Santa Claus dan membahagikan daging-daging tersebut kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal semasa perayaan, sekiranya Bapa Krismas itu tidak menunaikan permintaan hadiah Krismas untuk kali ini. Sila klik tajuk post untuk membaca entry penuh.

LOL
Subscribe to:
Posts (Atom)