Subscribe

Thursday 15 December 2011

Berapa tinggikah Nabi Adam A.S?


Diakui asal-usul umat manusia berasal dari punca yang satu iaitu Nabi Adam (as). Tidak beberapa lama, daripada rusuk Nabi Adam (as) dijadikan Siti Hawa (as) dan seterusnya berkembanglah umat manusia bersilih ganti dan menjadi berbilang-bilang bangsa dan suku seperti sekarang. Ada pendapat ulama’ yang mengatakan bahawa ketinggian Nabi Adam (as) adalah lebih kurang 100 hasta dan ada yang berpendapat 60 hasta.
Namun demikian, mari kita merujuk hadis Rasullullah (saw):
“Allah (swt) menciptakan Adam (as) dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam (as), mahkluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Maka, berdasarkan hadis di atas, ketinggian Nabi Adam adalah 60 hasta.
1 hasta = 45.72 cm
60 hasta = 27.432 m
Tinggi Nabi Adam (as) adalah hampir 30 meter!!!!.
Berikut adalah gambar replika baju Nabi Adam (as) yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Ia mengambil masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjangnya 29 meter dan lebarnya 9 meter.

Tapi persoalannya di sini kenapa ketinggian umat manusia semakin berkurang seperti sekarang ini?
Sekumpulan saintis daripada Amerika Syarikat (AS) telah membuat kajian mengenainya dan mereka mendapati salah satu punca kemerosotan purata ketinggian umat manusia adalah memakan makanan yang diawet.



0 comments:

Post a Comment