Subscribe

Thursday 15 December 2011

Punk rocker dimasukkan ke pusat pemulihan, Acheh (8 gambar)

Berpuluh-puluh peminat punk rock telah ditangkap dan telah dihantar ke sekolah polis untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama 10 hari. Pada peringkat permulaan, rambut mereka telah dicukur dan seluruh aksesori tindikan di badan mereka telah dirampas oleh pihak polis di Acheh.

59 orang lelaki dan 6 orang wanita telah diarahkan masuk ke dalam sebuah kolam air untuk tujuan pembersihan 'rohani', kata Ketua Polis Iskandar Hasan. Semasa berada di dalam pusat itu, mereka juga dibekalkan pakaian dan alatan peribadi. Ini merupakan salah satu usaha pihak berkuasa Acheh untuk menggalakan nilai-nilai moral yang lebih tegas. Di Acheh, mereka mengenakan hukum rejam sehingga mati untuk kesalahan zina, hukuman penjara untuk pesalah homoseksual, dirotan di khalayak ramai, wanita dimestikan memakai tudung dan seluar yang ketat adalah diharamkan sama sekali. Sila klik tajuk post untuk membaca entry penuh.


Sebelum itu, sebuah konsert Punk telah diserbu oleh pihak berkuasa polis dan puluhan remaja telah 'diangkut' ke pusat tahanan polis yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Banda Acheh. Pada mulanya penangkapan ini mendapat bantahan oleh penduduk setempat di atas kapasiti kebebasan hak asasi manusia. Namun Ketua Polis Iskandar Hasan memberi ulasan bahawa ini merupakan satu langkah untuk meletakkan semula remaja ini di atas landasan moral yang betul selepas konsert tersebut dikatakan merupakan satu ancaman kepada nilai-nilai Islam di Acheh.

Untuk tambahan maklumat, Acheh telah diberikan separuh kuasa autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan kerajaan pusat Indonesia selepas wilayah itu bersetuju untuk menamatkan perjuangan pemisah pada tahun 2005.


0 comments:

Post a Comment