Subscribe

Thursday 15 December 2011

Projek pembaziran di China, membina Disneyland (8 gambar)

Negara China juga rupanya tidak ketinggalan di dalam mempunyai sikap membazirkan duit untuk pembangunan hartanah di negara itu. Gambar-gambar di bawah merupakan salah satu bukti atas sikap yang disebutkan. Kawasan ini merupakan Disneyland China yang tidak pernah siap semenjak didirikan pada tahun 1998. Dijangkakan menjadi sebuah taman hiburan terbesar di Asia, namun pembinaan terpaksa dihentikan apabila pembiayaannya ditarik balik. Selain itu, pertelagahan dingin di antara petani dan kerajaan tempatan tentang isu harga hartanah telah mengakibatkan terbantutnya projek pembangunan mega ini.

Kini yang tinggal hanyalah tapak yang mereput dan para petani telah mula bercucuk tanam balik di situ. Jualan hartanah di negara itu merupakan penyumbang 10% kepada pertumbuhan ekonomi negara China. Tambahan maklumat, negara China mempunyai versi Disneylandnya yang tersendiri, iaitu di Hong Kong dan Shanghai. SIla klik tajuk post untuk melihat entry penuh.



0 comments:

Post a Comment