Subscribe

Thursday 15 December 2011

Hasil lelongan $ 115 juta dari koleksi Elizabeth Taylor

Blogpedia pernah memaparkan koleksi barang kemas dan sedikit maklumat tentang Elizabeth Taylor itu di dalam entry INI. Seperti yang dilaporkan, sebuah majlis pelelongan barang kemas, barangan peribadi dan beberapa barangan berinspirasikan Elizabeth Taylor telah berjaya dijayakan baru-baru ini. Koleksi barang kemas yang menakjubkan ini telah berjaya meraih jumlah lelongan sebanyak $ 115 juta di New York. Ini termasuk jumlah $11.8 juta untuk kalung mutiara dan $8.8 juta bagi cincin berlian, kedua-kedua barang kemas ini merupakan hadiah pemberian oleh Richard Burton.

Kalung tersebut merupakan kalung mutiara yang dianggap bersejarah dan dikenali sebagai La Peregrina. Ia dibeli oleh Burton pada harga $37, 000 pada tahun 1969 dan berjaya meraih $ 11. 8 juta pada malam lelongan tersebut. Dilaporkan sebanyak $2 -3 juta telah berjaya diraih bagi lelongan permata, pakaian dan memorabilia lain yang pernah dikumpul oleh Elizabeth Taylor. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


La Peregrina telah dianggap sebagai kalung mutiara paling bersejarah di dunia. Diperolehi dari abad ke 16, ianya telah dihasilkan oleh Marantika dan Raja Philip II Sepanyol dan Queen Mary I merupakan pemilik awal kalung mutiara tersebut.

Elizabeth Taylor mula menjadi bintang terkenal semenjak dari zaman kanak-kanaknya dan pernah dikatakan sebagai salah seorang wanita yang tercantik di dunia. Beliau telah berkahwin sebanyak 8 kali dan koleksi barang terkenal beliau adalah seperti dari siri Cartier, Van Cleefs & Arpels serta Chorpard.

Selain dari jualan lelongan, majlis ini juga mengadakan sebuah pameran yang berinspirasikan perjalanan kehidupan serta pengaruh fesyen dari Elizabeth Taylor. Bermula dari gaun permaidani merah jenama Versace, beg tangan Hermes, clutch sequeine dari Chanel dan koleksi satin dari Louboutins.

Elizabeth Taylor telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.








sumber

0 comments:

Post a Comment